Followers

Saturday, October 24, 2009

PENGENALAN MATA PELAJARAN PRINSIP PERAKAUNAN

Prinsip Perakaunan ialah satu daripada mata pelajaran elektif untuk Tingkatan 4 dan 5 dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) di bawah Kumpulan Vokasional dan Teknologi. Mata pelajaran ini merupakan peluasan dan lanjutan kepada aspek menyimpan rekod yang dipelajari dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup di peringkat menengah rendah.Isi kandungan mata pelajaran Prinsip Perakaunan adalah melampaui bidang Simpan Kira yang lebih mengutamakan proses merekod urus niaga berdasarkan prosedur debit dan kredit. Melalui Prinsip Perakaunan, pelajar didedahkan kepada konsep, prinsip dan kaedah perakaunan yang diperkukuhkan dengan kemahiran merekodkan, mengklasifikasikan, mentafsir, menganalisis dan mengungkap data kewangan berdasarkan urus niaga atau peristiwa perniagaan. Matlamat pengajaran Prinsip Perakaunan adalah untuk melahirkan individu yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas perakaunan melalui proses pembelajaran yang menitikberatkan aspek pemahaman rasional sesuatu perkara yang dilakukan. Justeru itu, individu berkenaan akan dapat berfikir secara logik, berupaya mengamalkan budaya kerja yang positif berasaskan sifat teliti, teratur, tekun, menepati masa, mematuhi peraturan serta dapat bekerjasama dan berkomunikasi dengan baik dalam apa juga usaha yang dijalankan. Selain dari itu individu tersebut akan berkeupayaan membuat keputusan, peka terhadap kesan-kesan keputusan itu dan bertanggungjawab serta kebertanggungjawaban.  

Wednesday, September 30, 2009

CARTA ORGANISASI PANITIA PERAKAUNAN

PENGERUSI
PUAN HAJAH ROS BT YUSOF

NAIB PENGERUSI
PUAN HAJAH SHAMSIDA BT MOHD NOR

KETUA BIDANG
PUAN MANISAH BT MOHD SHARIFF

KETUA PANITIA
PUAN IZELINA BT IBRAHIM

SETIAUSAHA
PUAN IZELINA BT IBRAHIM

AJK
PUAN IZELINA BT IBRAHIM

PENDAHULUAN

Matapelajaran Prinsip Perakaunan dibina bagi membolehkan murid-murid mendapat kemahiran merekod mengklafisif kasi, mentafsir, menganalisis dan mengungkap data kewangan berdasarkan urusniaga atau peristiwa perniagaan berdasarkan prosedur debit dan kredit.

Dalam Prinsip akaun murid-murid didedahkan tentang konsep dan prinsip asas perakaunan, perancangan kewangan dan pengurusan pengekosan.

Disamping konsep prinsip prinsip dan kaedah perakaunan murid-murid yang didedahkan kepada penggunaan komputer dalam sistem perakaunan berkomputer selaras dengan teknologi maklumat semasa.

VISI

- Mempertingkatkan pencapaian pelajar dalam peperiksaan awam di peringkat SPM denggan
tinggi kuantiti dan kualitinya.

- Melahirkan generasi yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas perakaunan melalui
proses pembelajaran.

- Menitikberatkan pemahaman rasional sesuatu perkara yang dilakukan.

MISI

i) Semua pelajar dapat mengaplikasikan setiap pengetahuan dan kemahiran yang
telah dipelajari dalam mata pelajaran Prinsip Perakaunan dengan baik dalam
kehidupan mereka.

ii) Meningkatkan peratus kelulusan SPM sekurang-kurangnya 2 peratus pada setiap tahun.

iii) Meningkatkan bilangan pelajar cemerlang dalam pelajaran Prinsip Perakaunan dengan
penambahan bilangan pelajar mendapat A dan B.

OBJEKTIF

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA:

1.Meningkatkan peratus pencapaian cemerlang.
2.Meningkatkan peratus lulus sekurang-kurangnya 95%.